RUMUSAN PERMAI (18 Januari 2021)

**RUMUSAN PERMAI* (18 Januari 2021)**

 

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) diumumkan oleh Perdana Menteri pada 18 Januari 2021.

 

  1. Pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia, atau secara ringkasnya, PERMAI yang bernilai sebanyak 15 bilion ringgit.

 

  1. Dana tambahan sebanyak 1 bilion ringgit, merangkumi hampir 800 juta ringgit kepada Kementerian Kesihatan, dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara dan juga agensi-agensi lain yang terlibat.

 

MATLAMAT PERTAMA: MEMERANGI WABAK COVID-19

 

  1. Sebanyak 3 bilion ringgit telah diperuntukkan khusus bagi perolehan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan. Kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal Mac, dan dapat meliputi lebih daripada 80 peratus atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022.

  1. Menambah lebih daripada 3,500 anggota kesihatan yang mula bertugas pada hujung bulan ini, dengan peruntukan tambahan 150 juta ringgit. Pemberian one-off sebanyak 500 ringgit kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, 300 ringgit kepada petugas lain. Manakala bayaran bulanan sedia ada yang diterima sebanyak 600 ringgit oleh petugas barisan hadapan kesihatan dan 200 ringgit oleh petugas barisan hadapan yang lain.

 

  1. Kos saringan akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO di zon-zon merah bagi mengenal pasti kluster COVID-19 di tempat kerja. Dari 1 Disember 2020 hingga 17 Januari 2021, bilangan pekerja asing yang telah menjalani ujian saringan adalah seramai 160,982 orang.

 

MATLAMAT KEDUA: MEMELIHARA KEBAJIKAN RAKYAT

 

  1. KITA PRIHATIN: bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional, atau BPN 2.0 akan dipercepatkan, iaitu mulai 21 Januari. Sejumlah 11.1 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak 2.38 bilion ringgit.

 

  1. Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR: bayaran fasa pertama akan melibatkan lebih daripada 8 juta penerima. Golongan isi rumah berpendapatan sehingga 5 ribu ringgit sebulan akan menerima 300 ratus ringgit, dan bagi kategori bujang berpendapatan sehingga 2 ribu ringgit sebulan pula, mereka akan menerima 150 ringgit.

 

  1. Meningkatkan kadar bantuan kebajikan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2.2 bilion ringgit.

 

  1. Program Bakul Makanan yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai 100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak.

 

  1. 25 juta ringgit di bawah program GLIC/GLC Disaster Relief Network sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan Kerajaan bagi inisiatif sosial.

  1. Moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan diteruskan. Termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank.

 

  1. Program i-Sinar telah dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan. (Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah 24 bilion ringgit.)

  1. Pelepasan cukai khas sehingga 2,500 ringgit ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang telah berakhir pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan hingga 31 Disember 2021.

 

  1. Pemberian data 1 Gigabit secara percuma telah diberi kepada orang ramai (dilanjutkan sehingga hujung April 2021). Diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar menduduki peperiksaan kerajaan.

 

  1. Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap sehingga 31 Disember 2020.

 

  1. Melanjutkan Tempoh Moratorium bagi Peminjam PTPTN – Permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021.

MATLAMAT KETIGA: MENYOKONG KELANGSUNGAN PERNIAGAAN

Program Subsidi Upah

 

  1. Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO – semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon, tanpa mengambil kira sektor. Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah 600 ringgit bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari 4,000 ringgit. Had 200 pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja.

 

  1. Kehilangan pekerjaan semasa PKP, – melonggarkan syarat permohonan bagi program Sistem Insurans Pekerjaan atau SIP PRIHATIN (Program Subsidi Upah Sistem Insurans Pekerjaan). Pekerja yang tidak memenuhi caruman minimum, ataupun tidak dilanjutkan kontrak perkhidmatan setelah pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya 3 kali, dibenarkan untuk memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka selama 3 bulan. Link: PERKESO.

 

  1. 24 juta ringgit diperuntukkan bagi membiayai caruman penuh delivery riders di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.

  1. Bantuan kewangan sebanyak 1,000 ringgit melalui Geran Khas Prihatin Tambahan, atau GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah. GKP Tambahan ini kepada 500 ribu PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran 1,000 ringgit, manakala 300 ribu PKS di negeri yang lain akan menerima 500 ringgit.

 

  1. Bantuan kewangan one-off sebanyak 500 ringgit kepada 14 ribu pemandu pelancong serta 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

 

  1. 1 bilion ringgit kemudahan mikrokredit disediakan yang merangkumi pinjaman mudah berjumlah 390 juta ringgit oleh Bank Simpanan Nasional, 350 juta ringgit oleh Agrobank dan 295 juta ringgit oleh TEKUN.

 

  1. Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan Kempen e-Dagang PKS dan PKS Mikro dan kempen Shop Malaysia Online dengan jumlah peruntukan 300 juta ringgit. Links: (1) Go-Ecommerce; (2) Shop-Malaysia.

  1. Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin, atau SJPD yang berjumlah 50 bilion ringgit, bagi menyokong sektor swasta.

 

  1. Peminjam MARA, MARA akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind 2.0,
  1. Potongan cukai khas kepada syarikat yang memberi pengurangan sewa premis perniagaan sekurang-kurangnya 30 peratus mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

 

  1. diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara. Ini meliputi pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

 

  1. Rebat elektrik kepada semua pengguna TNB, pada kadar 2 sen setiap kilowatt per jam, iaitu bersamaan penurunan bil elektrik sehingga 9 peratus bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

 

  1. Memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi: 50%

 

  1. Tempoh kuat kuasa ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual melanjutkan tempoh kuat kuasa ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual kepada 31 Mac 2021.

Maklumat Lanjut: belanjawan2021.treasury.gov

发表回复

您的电子邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注

此站点使用Akismet来减少垃圾评论。了解我们如何处理您的评论数据

error: Content is protected !!