KUALA LUMPUR: The Health Ministry will take action against the sale or promotion of Kangen water, a certain alkaline water filter which can allegedly produce miracle water that can treat 150 chronic illnesses.
Health Ministry director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said the ministry was concerned with reports about Kangen water that has gone viral on social media.
“The Health Ministry views such promotion very seriously because it can mislead people into believing the water can cure various illnesses.
Under the Food Regulations Act 1985 under the Food Act 1983, all water packed for consumption must be approved and licensed by the Health Ministry,” he said in a statement Friday night. The Food Act 1983 and the Food Regulations 1985 are the Malaysian food legislations that form the backbone of the food safety programme. These legislations replace the Sale of Food and Drug Ordinance and Regulations 1952. The objective of the Food Act 1983 and the Food Regulations 1985 is to ensure that the public is protected from health hazards and fraud in the preparation, sale and use of foods and for matters connected therewith. Failure to adhere to the regulations can result in offenders being charged and the products seized, he said.
Consumers can lodge a complaint against such products to their respective district Health office or state Health Departments or through the health ministry website moh.spab.gov; Facebook: www.facebook.com he said in the statement. – Bernama; The Star
KUALA LUMPUR 9 Julai – Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen yang didakwa mempunyai pelbagai akuan kesihatan kerana didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya memandang serius pengiklanan makanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan. Beliau berkata, Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan. “Kementerian mengambil maklum laporan mengenai penjualan air Kangen yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah viral di media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Katanya, kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, serta air minuman berbungkus tidak berlesen yang dijual boleh rampas. Di samping itu, katanya, Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa iklan sesuatu makanan tidak boleh mempunyai sebarang akuan kesihatan. “Kegagalan mematuhi seksyen tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai penjualan/pengiklanan air Kangen atau mana-mana produk makanan/minuman lain yang diragui akuannya boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.
Selain itu, mereka juga boleh melayari laman web moh.spab.gov atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com UTUSAN