Kepimpinan bukannya soal ramai atau sikit

Sering dijadikan satu isu dalam fokus politk negara ini adalah berkaitan dengan kaum dan agama, selain daripada pokok isu parti dan kemenangan dalam pilihan raya. Isu kaum termasuk segala hal yang menyentuh pembahagian kuasa kaum Melayu, penglibatan pemerintahan dan pimpinan kaum Melayu bagi menjadikan kaum mereka sentiasa menduduki tempat yang teratas dan terpenting di nagara Malaysia ini.

Namun, bagi kaum majoriti lain atau kaum yang semakin minoriti contohnya kaum Cina dan India (serta lain lain daripada pelbagai kaum), isu ekonomi adalah perkara terpenting dan agama pula merupakan subjek yang boleh menyatukan para orang Cina yang begitu sengit persaingan di dunia bisness. Kaum Cina sebagai kaum minoriti (sungguhpun masih digelar kaum terdua besar), tetapi bilangannya semakin menurun dan menyebabkan kerisauan kerana nasib yang lemah amat sukar mendapat perlidungan jika melihat dari segi pembelajaran sedunia. Maka, kekuatan ekonomi memberikan sebanyak sedikit jaminan yang dapat membela masa depan kaum Cina.

Kaum Cina yang tidak berapa giat dalam politik sebenarnya terpaksa memberikan sokongan kepada pemimpin mereka yang jujur, amanah dan sentiasa membela nasib mereka. Tiga perkara penting yang menjadikan simbol nasib Cina iaitu sekolah Cina, agama bebas dan juga ekonomi yang kukuh untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa.

Sering kali kaum Melayu menyuarakan kepentingan mereka yang sebenarnya tidak banyak bezanya dengan kaum Cina, termasuk soal pendidikan, agama dan kuasa politik. Dalam kuasa pemerintahan dan politik ini, mereka dianggap mempunyai kekuatan sepenuhnya oleh kaum Cina kerana semua pemerintahan raja-raja adalah Melayu dan sektor pertahanan negara kukuh dipimpin oleh Melayu. Oleh itu, orang Cina tidak mempunyai masalah sekiranya mempunyai lebih ramai wakil mereka dalam kerajaan dan diharapkan memperolehi jawatan yang lebih tinggi. Ini kerana penyertaan tinggi Cina dalam kerajaan tidak akan mengubah prinsip asas negara ini tetapi lebih menyeluruh penglibatannya bersama kaum Melayu dalam arah tuju negara ini ke arena antarabangsa.

Isu seperti berapakah bilangan orang Melayu atau Bumiputra dalam parti-parti pimpinan yang baru-baru ini (selepas PRU15) tidak menjadi satu isu sebenarnya, contohnya, sekiranya ramai orang Cina mendapat jawatan kabinet dan sebagainya, bukanya satu pertimbangan kaum Cina di sini kerana kaum Cina dapat bekerjasama baik dengan kaum lain kerana memeluk kepada semangat kekitaan dan bekerjasama. Jika dinilai dari segi politik yang lebih jangka masa panjang dan menyeluruh, faktor nisbah perkauman bukannya perkara yang harus dinilai terdahulu sebaliknya banyak masalah negara dapat diatasi sekiranya pentadbiran negara ini lebih condong kepada polisi yang jangka masa panjang.

Jika Amerika Syarikat diambil sebagai contoh, President Obama yang mewakili kaum bukan majoriti tidak mendatangkan mudarat kepada negaranya. Selepas Obama, president seterusnya kembali kepada kaum majoriti. Ini jelas menunjukkan Obama seorang pemimpin negara bukannya pemimpin kaumnya sendiri dan dasar negara menjadi teras kenegaraan.

Dengan dilihat contoh-contoh daripada sejarah sedunia, perbincangan dan pertimbangan soal kaum tidak harus ditimbulkan dalam segala urusan negara. Adalah yang paling pentingnya adalah seseorang pemimpin itu dapat memimpin dengan jujur dan berwawasan serta berkhidmat kepada rakyatnya, bukannya kepentingan sendiri, golongan tertentu, sehala mahupun fikiran yang sempit.

发表回复

您的电子邮箱地址不会被公开。 必填项已用 * 标注

此站点使用Akismet来减少垃圾评论。了解我们如何处理您的评论数据

error: Content is protected !!