全国统一SOP (5月22日马来语官方版本)

减办公室人数 公务员80%居家作业 私人界40%居家作业
(吉隆坡22日讯)高级政务部长(国防部)拿督斯里依斯迈沙比里指出,政府和私人界都必须减少上班的人数,为此有80%的公务员会居家作业,至于私人界也会增加至40%人必须居家作业,这涉及了610万名雇员。政府会加强执法和增设路障。他说,商业单位营业时间,则从早上8时至晚上8时。高级政务部长(国防部)拿督斯里依斯迈沙比里指出,为减少通勤人流,公共交通也会限制50%的容客量。

HIDE高风险场所 依斯迈:须即刻关闭
所有被根据动态参与热点识别(HIDE)系统鉴定为高风险地区的场所,都要即刻关闭。全面封锁可以加快管控疫情,但如果再不自律,病例会再增加,届时又必须重新封锁。“所以每个人都必须自律,否则我们会继续的陷入封锁和再解封过后又在封锁的的循环中。”

为了人民能有生计 政府不落实全面封锁
政府已经多次解释了不落实全面封锁的原因,那就是让人民能够继续有生计生存。他在记者会上受询及不落实全面封锁的原因时,这么指出。他指出,如果政府再度封锁,会影响很多人的生计,所以政府必须在管控疫情和生计方面中取得平衡。他说,他知道很多人都在问为何不关闭一些大型企业的经济活动,但如果真的这么做,就会影响雇员,甚至失去工作、失去收入,那么人民到时候如何生存?

文章来源 : 星洲日报 2021-05-22


下载全国通用SOP (官方马来语)(更新2021年5月22日版) 或直接阅读网页国文版。Rujukan Rasmi : Portal Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)

SOP AM PKP

SOP AM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) SOP AM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

TARIKH MULA KUAT KUASA : 25 MEI 2021

Aktiviti Tidak Dibenarkan:
-Pergerakan rentas daerah dalam kawasan PKP dan rentas negeri lain tanpa kebenaran PDRM.
-Pergerakan keluar dan masuk kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM.
-Sila rujuk Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan.

Aktiviti Dibenarkan:
-Sektor ekonomi yang dibenarkan.
-Membeli atau mendapatkan barang keperluan.
-Mendapatkan rawatan kasihatan dan perubatan.
-Menjalankan urusan Rasmi Kerajaan dan tugas kehakiman.

 

Kawasan Terlibat: SELURUH NEGARA TERMASUK WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

*Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak diteruskan.

Tempoh Kuat Kuasa: 25 Mei 2021 (mulai 12.01 pagi) sehingga 7 Jun 2021 (11.59 malam)

Kawalan Pergerakan

Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri).
• PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA. Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.
Bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga (3) orang sahaja termasuk pemandu.
• Pergerakan bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan ke daerah yang paling hampir dengan kediamannya dibenarkan sekiranya perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan itu tiada di dalam daerah tersebut.
• Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan.
• Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
• Perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT, MRT, ERL, Monorel, feri dan lain-lain pengangkutan awam dibenarkan beroperasi berdasarkan 50% kapasiti kenderaan (waktu operasi dan frekuensi tertakluk kepada Kementerian Pengangkutan).
• Pergerakan bagi kes kematian, bencana alam dan lain-lain kecemasan dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
• Pergerakan bantuan bencana atau kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan yang terjejas dengan bencana dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan tersebut.
• Kebenaran rentas negeri dibenarkan bagi pasangan suami isteri jarak jauh dengan mendapatkan kebenaran PDRM.
• Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS.
• Pergerakan bagi Pelawat Perniagaan Jangka Pendek di bawah kelulusan Inisiatif One Stop Centre (OSC) untuk tujuan rasmi atau perniagaan dibenarkan setelah mendapat kebenaran PDRM.

 

Kawalan Pergerakan (Pendidikan)

o Semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah selain di bawah KPM, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain ditutup bermula 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021. IPT di bawah kawal selia KPT diteruskan secara dalam talian.
o Semua sekolah bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat seperti pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar bawah KPM ditutup bagi tempoh empat (4) minggu bermula 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021.
o Hanya murid sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang terlibat dengan peperiksaan antarabangsa sahaja dibenarkan hadir untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa
• Pelajar IPT yang berkeperluan dibenarkan pulang ke kampus dengan mendapatkan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah dari IPT berkenaan.
o Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali kepada pelajar yang berkeperluan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kerajaan.
o Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau IPT berkaitan.
o Pelajar yang berada di sekolah berasrama, universiti atau institusi dibenarkan untuk berada di sekolah berasrama, universiti atau institusi tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
• Pergerakan pulang pelajar yang berada di asrama atau Institusi Pendidikan adalah secara berperingkat mengikut ketetapan pihak KPM, KPT atau IPT. Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan ini adalah dibenarkan dengan surat kebenaran dari pihak KPM, KPT atau IPT.

 

Aktiviti Dalam Kawasan PKP (Perniagaan dan Perkhidmatan)

o Restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
o Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran bermula jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
o Dine-in dan perkhidmatan park & dine tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.
o Aktiviti berkelah tidak dibenarkan.
• Kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai keperluan harian dibenarkan beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
o Perkhidmatan kesihatan seperti hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
o Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
o Stesen minyak boleh beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
o Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu boleh beroperasi dari 6.00 pagi hingga 2.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
o Pasar borong boleh beroperasi dari jam 12.01 pagi sehingga 6.00 pagi dan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
• Pasar malam boleh beroperasi dari jam 4.00 petang hingga 8.00 malam tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.

 

Aktiviti Dalam Kawasan PKP

• Pusat beli-belah dan pasaraya dibenarkan beroperasi melibatkan outlet premis sahaja dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Pembukaan booth / pameran di ruang legar tidak dibenarkan.
o Klinik haiwan dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam
o Kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun (perkhidmatan gunting rambut sahaja) dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam
o Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
o Operasi kafe siber dan pusat siber dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
• Nota : Kerajaan Negeri boleh memperketatkan SOP ini bagi tujuan mengawal penularan COVID-19.
• Pemilik premis, aktiviti atau program yang disenaraikan dalam senarai Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) hendaklah mengambil tindakan intervensi iaitu melaksanakan sanitasi premis, meningkatkan kawalan dan pemantauan pematuhan pelanggan dan melaksanakan penutupan premis jika diarahkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah selepas penilaian risiko dijalankan.
• Kebenaran Operasi dan Pergerakan bagi Perkhidmatan Awam dan Swasta:
o Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh Kementerian atau Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran atau surat kelulusan beroperasi atau pas pekerja atau surat pengesahan majikan.
o Pergerakan urusan rasmi Kerajaan perlu disertai dokumen, surat rasmi Kerajaan atau pas pekerja
o Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan awam terhad kepada 20% keseluruhan (tidak termasuk perkhidmatan frontliners) dan 80% secara Bekerja Dari Rumah (BDR) berdasarkan Pekeliling atau Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
o Kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta termasuk operasi dan pengurusan hanya terhad kepada 60% sahaja pada satu-satu masa.

 

Protokol Kesihatan Umum
o Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
o Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan Kod QR MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
o Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk.
o Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas. Penggunaan buku pendaftaran kehadiran pelanggan hanya dibenarkan di kawasan yang tiada liputan internet atau lain-lain alasan yang munasabah (warga emas, ketiadaan telefon pintar dan lain-lain).
o Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan check in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon sekiranya tiada liputan internet.
• Pelanggan dan pengunjung diwajibkan check in MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis.
o Bagi kompleks membeli belah, pasar raya atau departmental store, pelanggan hanya perlu menjalankan imbasan suhu badan sekali sahaja di pintu masuk kompleks dan bukan di setiap premis perniagaan bawah satu kompleks.
o Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius adalah tidak dibenarkan memasuki kompleks dan premis.
o Pihak pemilik kompleks dan premis di luar kompleks perlu memastikan hanya pelanggan dengan status “Low Risk” termasuk “Casual Contact Low Risk” dalam MySejahtera dibenarkan masuk ke kompleks atau premis masing-masing.
o Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali bagi tujuan kecemasan, rawatan dan pendidikan.
o Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter radius dalam sesuatu masa.
o Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa. Penggunaan sistem nombor giliran perlu digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis.
o Semua pemilik bangunan perlu menyediakan Kod QR di setiap aras.
o Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis.
o Memastikan ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik di premis.
• Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak kecuali bagi aktiviti dan tempat seperti berikut:
o Bilik hotel atau penginapan berbayar bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah.
o Ruang kerja bersendirian.
o Aktiviti sukan dan rekreasi outdoor.
o Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah.
o Kawasan dan tempat awam indoor atau outdoor tanpa ada individu lain.
• Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain (selain di restoran atau premis makanan).

 

Mesyuarat
• Mesyuarat bersemuka secara dalaman agensi Kerajaan dan swasta TANPA MELIBATKAN WAKIL AGENSI LUAR adalah dibenarkan.
o Ahli mesyuarat adalah dari premis, pejabat atau bangunan yang sama dan tidak melibatkan rentas daerah atau negeri.
o Mesyuarat digalakkan untuk dilaksanakan secara sidang video.

Sektor Perikanan, Perladangan, Pertanian dan Penternakan
• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan adalah dibenarkan beroperasi.
o Aktiviti memancing bagi tujuan sara hidup adalah dibenarkan.

Keagamaan
• Aktiviti agama Islam seperti solat berjemaah dan Solat Jumaat di masjid dan surau dibenarkan
• dengan kehadiran jemaah mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.
o Upacara pernikahan (akad nikah) Islam di Jabatan Agama dan masjid dibenarkan dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
• Pengurusan pengebumian Islam adalah dibenarkan dengan mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
• Aktiviti Rumah Ibadat Bukan Islam adalah dibenarkan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
o Untuk pendaftaran perkahwinan bagi bukan Islam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Rumah Ibadat dan Persatuan Agama dibenarkan dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak JPN.
• Pengurusan pengebumian bukan Islam adalah dibenarkan dengan mengikut ketetapan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Tabika, Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Harian
o TASKA dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan.
o Tabika, tadika swasta, tadika di sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun,dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian, Jabatan atau Agensi berkaitan.
o Pusat jagaan harian atau pusat rehabilitasi bagi kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, wanita dan pusat jagaan pelbagai dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan di bawah Kementerian, Jabatan atau Agensi berkaitan.
o Ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.

Sukan dan Riadah
o Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad kepada joging, berbasikal dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan atau mana-mana kawasan dalam daerah yang sama tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
o Penganjuran kejohanan, pertandingan atau perlawanan persahabatan tempatan dan antarabangsa mengikut model gelembung sukan adalah terhad bagi penganjuran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan mana-mana dengan kebenaran khas KBS sahaja tanpa kehadiran penonton.
o Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) menggunakan konsep Camp Based Training.
o Program latihan berpusat secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam MFL menggunakan model gelembung sukan (Camp Based Training).
o Penyertaan pemain, peserta, pegawai atau teknikal Malaysia ke kejohanan, pertandingan atau perlawanan di luar negara dengan sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Industri Kreatif
o Aktiviti rakaman bagi muzik, konsert, penggambaran filem, bual bicara, live streaming dan seumpamanya dibenarkan bagi rakaman dalam studio dengan jumlah kru yang minima dan tanpa penonton serta mematuhi SOP Industri Kreatif.
o Aktiviti pembangunan kandungan kreatif termasuk produksi muzik, animasi dan penggambaran filem, drama dan dokumentari yang dibuat di dalam studio adalah dibenarkan.
o Pawagam pandu masuk dibenarkan.

Seminar, Bengkel, Kursus, Latihan dan Ceramah
o Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan dalam kawasan latihan menerusi kaedah Camp Based Training.
o Seminar, bengkel, kursus, latihan dan ceramah yang dilaksanakan secara dalam talian (online) adalah dibenarkan.

• Lain-lain Aktiviti
o Institut Memandu, Pusat Latihan Penerbangan dan Pusat Latihan Maritim dibenarkan
• beroperasi berdasarkan SOP yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan.
o Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

 

SENARAI AKTIVITI YANG TIDAK DIBENARKAN (NEGATIVE LIST)

Aktiviti Ekonomi TIDAK DIBENARKAN-
o Operasi SPA, refleksologi, pusat urut, wellness dan perkhidmatan pedicure dan manicure.
o Aktiviti fotografi di kawasan outdoor.

Aktiviti Hiburan TIDAK DIBENARKAN-
o Aktiviti di kelab malam atau pub.
o Aktiviti di panggung wayang.

Aktiviti Sosial TIDAK DIBENARKAN-
o Majlis Rasmi atau Tidak Rasmi Kerajaan dan swasta.
o Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
o Seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah, pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) secara bersemuka.

Aktiviti Pelancongan dan Kebudayaan TIDAK DIBENARKAN-
o Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme, adventure, nature parks dan lain-lain.
o Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain.
o Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke termasuk karaoke keluarga
o Aktiviti pelancongan ke luar daerah dan negeri.
o Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.

Aktiviti Sukan dan Rekreasi TIDAK DIBENARKAN-
o Semua aktiviti sukan dan rekreasi selain daripada yang disenaraikan.
o Pengoperasian semua fasiliti atau premis sukan dan rekreasi kecuali taman-taman awam yang tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
o Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan secara berkumpulan atau melibatkan sentuhan fizikal.
o Penganjuran kejohanan, pertandingan atau perlawanan persahabatan tanpa kebenaran khas KBS.
o Kehadiran penonton atau penyokong ke stadium atau venue sukan dan rekreasi.
o Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar atau merentas kawasan arahan pergerakan yang sedang berkuat kuasa kecuali mendapat kebenaran PDRM.
o Aktiviti massa yang menyukarkan penjarakan fizikal seperti fun run, fun ride, marathon, triathlon dan sebagainya.
o Penyertaan pemain, peserta, pegawai atau teknikal Malaysia ke kejohanan, pertandingan atau perlawanan di luar negara tanpa sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia.

Industri Kreatif TIDAK DIBENARKAN-
o Persembahan di lounge hotel.
o Aktiviti indoor atau outdoor busking.

Lain-lain Yang Tidak Dibenarkan
o Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
o Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

发表回复

您的电子邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注

此站点使用Akismet来减少垃圾评论。了解我们如何处理您的评论数据

error: Content is protected !!