MCO3.0 | 全国统一版SOP

(八打灵再也11日讯)从5月12日至6月7日的行动管制令(MCO)标准作业程序(SOP)出炉,食肆、餐厅、摊贩、餐车等,只能从早上6时营业至晚上10时,同时不准堂食。食物买卖只能以外带、得来速(Drive-Thru)或送餐形式进行。

据国家安全理事会所发布的最新SOP:

●食肆、餐厅、摊贩、餐车等获准营业,从早上6时至晚上10时

●允许外带、得来速或送餐,从早上6时至晚上10时

●MCO期间不能堂食

●杂货店、便利店及售卖日常用品的商店获准营运,从早上6时至晚上10时

●医院、诊所、医学实验室允许24小时运作,或依据准证的营运时间

●药剂行营业时间从早上6时至晚上10时

●油站营业时间从早上6时至晚上10时,除了大道的油站可24小时营运。

●巴刹、农业市集、周末市集营业时间从早上7点至下午2点

●批发市场营业时从午夜12时01分至早上6时,以及早上11时至下午4时

●夜市获准营运,从下午4点至晚上10点

●巴刹、农业市集、周末市集及夜市必须严格遵守SOP,同时须由志愿警卫局或地方政府人员监督。

●宠物诊所和宠物食品店允许营业,时间从凌晨6时至晚间10时。

●洗衣店、自助洗衣店、眼镜店、洗车中心、理发店和沙龙(只限剪发服务)允许营业,时间从凌晨6时至晚间10时。

●自助洗衣店必须确保有员工在场,以遵守所制定的SOP。

另外,州政府可以各自收紧SOP,以控制冠病在州内的传播。

SOP也列明,一旦县卫生官员在评估风险后发出指示,动态融合识别热点系统(HIDE)名单内的场所、活动或项目负责人必须采取干预行动,即关闭有关场所、对场所进行消毒、提升管制以及确保顾客配合遵守SOP。

 

 

幼儿园一律获准运作

根据国安会发出的最新SOP,国内私立、国际和外籍幼儿园一律获准开放运作。属于私立组别即4至6岁儿童智力开发中心,同样获准开放运作。

在最新的SOP下,父母或监护人可以根据车子的容量载送相应人数的儿童。另外,残疾人士、长者、妇女的看护中心或康复中心也获准营业。

私家车德士 1车限3人

今晚公布的SOP,同样禁止跨县及跨州,除非是紧急、医疗、工作、经济、接种疫苗预约及远距离夫妻的目的,并且获得警方批准。

SOP规定出外获取医疗服务、购买食物、药物及日常必需品,私家车、德士及电子召车,包括司机最多载3人。

根据SOP,如果无法在住家所位于的县获取医疗服务,公众可前往最靠近的县寻求有关服务。至于运载货物和涉及经济或工业活动链的车辆,可载人的数量根据商用车辆注册的人数而定。

此外,根据SOP,非政府组织提供救灾或人道援助之前,必须获得受灾地区的州或县灾难管理委员会的批准,并且经由灾难行动控制中心移交救济品。

 

文章来源 : 星洲日报 2021-05-12  最后更新:2021年5月12日 上午9时


下载全国通用SOP (官方马来语)(更新2021年5月10日版) 或直接阅读网页国文版。Rujukan Rasmi : Portal Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)

SOP AM PKP

Kawalan Pergerakan

• PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM, APM & RELA. Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.
• Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri).
• Bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian adalah mengikut kapasiti kenderaan bagi mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet, keperluan asas dan keperluan harian dalam daerah yang sama dengan kediamannya atau daerah paling hampir dengan kediamannya sekiranya bekalan keperluan tersebut tiada di kawasan tersebut.
• Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi / industri bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

• Pergerakan kenderaan persendirian, jabatan Kerajaan atau syarikat swasta bagi tujuan pergi dan balik dari tempat kerja atau menjalankan urusan rasmi kerajaan adalah bergantung kepada kapasiti tempat duduk kenderaan tersebut.
• Pergerakan bagi operasi dan perkhidmatan awam serta swasta adalah bergantung kepada kapasiti
tempat duduk kenderaan tersebut.
• Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain mengikut ketetapan oleh Kementerian Pengajian Tinggi / Agensi masing-masing.
• Semua sekolah bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat (seperti pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat perkembangan minda dan pusat bimbingan) dan institusi-institusi pendidikan lain yang berdaftar bawah KPM ditutup mengikut ketetapan Kerajaan.
• Hanya murid sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang terlibat dengan peperiksaan antarabangsa sahaja dibenarkan hadir untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa.
• Pergerakan pensyarah/guru/tenaga pengajar bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kelas-kelas
yang terlibat dibenarkan dengan pengesahan daripada KPM dan KPT.
• Pelajar yang berada di sekolah berasrama / universiti / institusi dibenarkan untuk berada di sekolah berasrama / university / institusi tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
• Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau IPT berkaitan.
• Pergerakan pulang pelajar yang berada di asrama / Institusi Pendidikan adalah secara berperingkat mengikut ketetapan pihak KPM / KPT / IPT. Pergerakan merentas daerah bagi tujuan ini adalah dibenarkan dengan surat kebenaran dari pihak KPM / KPT / IPT.
• Pelajar asrama / Institusi Pendidikan yang berada di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan pulang ke rumah.

 

Aktiviti Dalam Kawasan PKP

• Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Premis dibenarkan beroperasi sehingga 12.00 tengah malam (sepanjang bulan Ramadan sahaja).
• Aktiviti penjualan makanan dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran bermula jam 6:00 pagi hingga 10.00 malam. Aktiviti tersebut dibenarkan beroperasi sehingga 12.00 tengah malam (sepanjang bulan Ramadan sahaja). Dine-in tidak dibenarkan dalam tempoh PKP.
• Kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam atau mengikut syarat lesen (mana yang lebih awal).
• Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
• Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
• Kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
• Stesen Minyak boleh beroperasi dari jam 6:00 pagi sehingga 10:00 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
• Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu boleh beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 2:00 petang.
• Pasar Borong boleh beroperasi dari jam 12:00 pagi sehingga 6:00 pagi dan 11:00 pagi sehingga 4:00 petang.
• Pasar malam boleh beroperasi dari jam 4:00 petang hingga 10:00 malam dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota RELA atau PBT.
• Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.
• Klinik dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
• Kedai dobi, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun (perkhidmatan gunting rambut sahaja) dibenarkan beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam.
• Kedai dobi layan diri perlu memastikan pekerja berada di premis dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
• Lain-lain aktiviti yang diberikan kelulusan oleh Kementerian/ Agensi/ PBT dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Nota :
Kebenaran beroperasi adalah tertakluk kepada penilaian risiko oleh KKM terhadap laporan senarai Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

 

Kebenaran operasi dan Pergerakan bagi Perkhidmatan Awam dan Swasta

• Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh Kementerian/ Agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran/ surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja/surat pengesahan majikan.
• Pergerakan urusan rasmi Kerajaan perlu disertai oleh dokumen pengesahan majikan.
• Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan awam berdasarkan kepada Pekeliling/ Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Manakala bagi sektor swasta berdasarkan kepada 30% bagi Kumpulan Pengurusan dan jumlah pekerja operasi/ sokongan ditetapkan oleh majikan.

Protokol Kesihatan Umum

• Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan kawalan keluar masuk pelanggan ke premis dengan penjarakan fizikal 1 meter.
• Hand sanitizer disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk.
• Pemegang lesen dan pemilik premis diwajibkan menyediakan kemudahan QR code MySejahtera dan menyediakan buku pendaftaran kehadiran pelanggan.
• Penggunaan aplikasi MySejahtera diwajibkan di kawasan capaian internet yang luas. Pengecualian diberikan bagi kawasan-kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khususnya di kawasan kampung dan pedalaman.
• Pemegang lesen dan pemilik premis memastikan pelanggan check in premis menggunakan MySejahtera atau menulis secara manual nama dan no. telefon sekiranya tiada liputan internet.
• Pelanggan / pengunjung diwajibkan check in MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon yang boleh dibaca sebelum memasuki premis.
• Bagi kompleks membeli belah / pasar raya / departmental store, pelanggan hanya perlu menjalankan imbasan suhu badan sekali sahaja di pintu masuk kompleks dan bukan di setiap premis perniagaan bawah satu kompleks.
• Suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius adalah TIDAK DIBENARKAN memasuki kompleks dan premis.
• Pihak pemilik kompleks dan premis di luar kompleks perlu memastikan hanya pelanggan dengan status “Low Risk” dalam MySejahtera, sahaja yang dibenarkan masuk ke kompleks / premis masing-masing

 

Protokol Kesihatan Umum

• Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah TIDAK DIGALAKKAN untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali bagi tujuan kecemasan, rawatan dan pendidikan.
• Pemegang lesen dan pemilik premis menghadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal 1 meter radius dalam sesuatu masa.
• Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa. Penggunaan sistem nombor giliran perlu digalakkan bagi pelanggan masuk dari sesuatu premis.
• Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis.
• Memastikan ventilasi dan sistem pengudaraan yang baik di premis.
• Diwajibkan memakai pelitup muka terutama apabila berada di tempat awam yang sesak KECUALI bagi aktiviti dan tempat seperti berikut:
a. Kediaman sendiri dan melibatkan ahli isi rumah;
b. Bilik Hotel/Penginapan Berbayar Bersendirian dan melibatkan ahli isi rumah;
c. Ruang kerja bersendirian;
d. Aktiviti sukan & rekreasi indoor dan outdoor;
e. Kenderaan sendiri dan melibatkan ahli isi rumah;
f. Kawasan dan tempat awam indoor / outdoor tanpa ada individu lain; dan
g. Sewaktu makan dan minum di tempat awam tanpa ada individu lain.

 

Mesyuarat

Mesyuarat bersemuka agensi Kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar TIDAK DIBENARKAN dan perlu dilaksanakan secara sidang video.
Aktiviti

Keagamaan

• Aktiviti agama Islam seperti Solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid / surau, majlis ilmu, akad nikah dan pengkebumian adalah DIBENARKAN mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
• Aktiviti Rumah Ibadat Bukan Islam adalah DIBENARKAN tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Negara.
• Upacara pernikahan (akad nikah) Islam di Jabatan Agama dan masjid DIBENARKAN dengan kehadiran mengikut ketetapan pihak Berkuasa Agama Negeri.
• Untuk pendaftaran perkahwinan bagi bukan Islam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Rumah Ibadat dan Persatuan Agama DIBENARKAN dengan kehadiran
mengikut ketetapan pihak JPN.

Pusat Jagaan Harian, Pusat Asuhan Kanak- Kanak, TASKA, Tadika dan Tabika

• Pusat asuhan kanak-kanak, taska, tabika dan tadika dibenarkan beroperasi dengan kebenaran beroperasi oleh Kementerian/Agensi berkaitan.
• Ibubapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.
• Pusat jagaan harian bagi Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Wanita dan Pusat Jagaan Pelbagai dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.

 

Aktiviti Sukan dan Riadah

• Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal TERHAD kepada joging, berbasikal dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan atau mana-mana kawasan dalam daerah yang sama tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.
• Penganjuran kejohanan / pertandingan / perlawanan persahabatan tempatan dan antarabangsa mengikut model GELEMBUNG SUKAN adalah TERHAD bagi penganjuran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan mana-mana dengan kebenaran KHAS KBS sahaja TANPA kehadiran penonton.
• Program latihan berpusat secara kuarantin yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis-Majlis Sukan Negeri (MSN Negeri) menggunakan konsep Camp Based Training.
• Program latihan berpusat secara kuarantin bagi pasukan-pasukan dalam MFL menggunakan model GELEMBUNG SUKAN (Home/ Camp Based Training).
• Penyertaan pemain / peserta / pegawai / teknikal Malaysia ke kejohanan / pertandingan / perlawanan di luar negara DENGAN sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Aktiviti Pelancongan dan Kebudayaan Aktiviti-aktiviti berikut TIDAK DIBENARKAN beroperasi dalam tempoh PKP:
• Produk tarikan pelancong awam seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, extreme / adventure / nature parks dan lain-lain;
• Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat / kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain;
• Taman Tema, Pusat Hiburan Keluarga, indoor playground dan karaoke keluarga.

 

Aktiviti Sosial

• Majlis Rasmi / Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta TIDAK DIBENARKAN.
• Majlis Sosial seperti kenduri-kendara majlis berbuka puasa, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri, majlis pernikahan, majlis pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa Selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Seminar/ bengkel / kursus/ latihan/ persidangan/ ceramah/ pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) adalah TIDAK DIBENARKAN.

Industri Kreatif

• Aktiviti rakaman bagi muzik, konsert, penggambaran filem, bual bicara dan seumpamanya DIBENARKAN bagi rakaman dalaman (studio) TERHAD di dalam kawasan PKP sahaja dengan jumlah kru yang minima dan TANPA PENONTON serta mematuhi SOP Industri Kreatif.
• Persembahan di lounge hotel TIDAK DIBENARKAN.
• Aktiviti indoor / outdoor busking TIDAK DIBENARKAN.
Lain-lain Aktiviti • Institut Memandu dan Pusat Latihan Penerbangan dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP berdasarkan SOP yang disediakan oleh Kementerian Pengangkutan.
• Aktiviti memancing dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP berdasarkan SOP yang disediakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
• Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

 

Senarai Aktiviti Yang TIDAK DIBENARKAN (Negative List)

Aktiviti Ekonomi

Operasi SPA, refleksologi, pusat urut dan perkhidmatan pedicure dan manicure. TIDAK DIBENARKAN

Aktiviti Hiburan TIDAK DIBENARKAN

• Aktiviti di kelab malam atau pub.
• Aktiviti di panggung wayang.

Aktiviti Sukan dan Rekreasi TIDAK DIBENARKAN

• Semua aktiviti sukan dan rekreasi SELAIN daripada yang disenaraikan.
• Pengoperasian SEMUA fasiliti / premis sukan dan rekreasi KECUALI taman-taman awam yang tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
• Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan secara berkumpulan / melibatkan sentuhan fizikal.
• Penganjuran kejohanan / pertandingan / perlawanan persahabatan TANPA kebenaran khas KBS.
• KEHADIRAN penonton / penyokong ke stadium / venue sukan dan rekreasi.
• Aktiviti sukan dan rekreasi yang dijalankan di luar / merentas kawasan arahan pergerakan yang sedang berkuat kuasa KECUALI mendapat kebenaran PDRM.
• Aktiviti massa yang menyukarkan penjarakan fizikal seperti fun run, fun ride, marathon, triathlon dan sebagainya.
• Penyertaan pemain / peserta / pegawai / teknikal Malaysia ke kejohanan / pertandingan / perlawanan di luar negara TANPA sokongan KBS dan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Aktiviti Pelancongan TIDAK DIBENARKAN

• Aktiviti pelancongan ke luar/masuk kawasan PKP dan di kawasan PKPD.
• Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.

Lain-lain Yang Tidak Dibenarkan 

• Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
• Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

发表评论

您的电子邮箱地址不会被公开。 必填项已用*标注

此站点使用Akismet来减少垃圾评论。了解我们如何处理您的评论数据

error: Content is protected !!